Naim Gulai Semilang memang terbaik, bagi sesiapa yang first time makan sure nak datang lagi......
Wawa pun mak chik yang belanja masa balik kampung dulu, so masa raya baru pergi ler ker ke tanjung dawai nak beli ikan bilis, sbb nak buat sambal untuk bekalan nak p haji, ingat dihati nak singgah la makan kan naim gulai semilang, alamak ada kenduri kahwin la pulak kat kedai dier....uper2nyer dier kawen kan anaknya.....huhuhuhuu...sedey nyer x leh makan gulai yang supep.....
Gulai sembilang Naim makin popular
SUNGAI PETANI 21 Nov. - Kehadiran warung dan restoran menjual makanan laut segar sejak berpuluh-puluh tahun lalu di Tanjung Dawai, dekat sini benar-benar mengubah suasana perkampungan nelayan itu.
Jika dahulu, Tanjung Dawai hanya pangkalan mendarat ikan yang sibuk pada waktu pagi dan petang kerana nelayan pulang dari laut, namun suasana kini, berubah sama sekali.
Tidak keterlaluan dikatakan di Tanjung Dawai kini terdapat lebih 20 gerai dan restoran yang menyajikan makanan laut dengan menu tidak begitu banyak berbeza.
Namun, bagi pasangan suami isteri, Md. Ibrahim Hashim, 46, dan Zarina Bakar, 44, mereka memilih kelainan untuk menyajikan masakan laut berupa menu istimewa gulai ikan sembilang.
Sejak dihidangkan menu berkenaan, gerai Naim Gulai Sembilang yang diusahakan oleh mereka telah membawa tuah dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan, malah para pelancong.
Gerai tersebut terletak berdekatan Dewan Komuniti Bestari Kampung Sungai Pial, kira-kira 3 kilometer sebelum sampai ke pekan Tanjung Dawai.
"Gulai ikan sembilang yang dimasak oleh kami akan dimasukkan ke dalam claypot dan dihidangkan dalam keadaan mendidih kepada pelanggan.
"Ini menjadikan ia cukup menarik terutama kepada para pelanggan yang mementingkan hidangan makanan panas-panas," kata Md. Ibrahim ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menyorot bagaimana timbul idea menamakan gerai Naim Gulai Sembilang, Md. Ibrahim berkata, gerai berkenaan ditubuhkan 20 tahun lalu dengan menyediakan pelbagai masakan.
Katanya, pada mulanya ia kurang mendapat sambutan disebabkan hampir semua gerai dan restoran di sepanjang jalan berkenaan menjual makanan yang hampir sama.
''Berikutan itu timbul idea untuk mencipta satu menu istimewa dan berdasarkan tinjauan saya di kawasan ini belum ada gerai yang menjual gulai ikan sembilang," katanya.
Selepas itu, katanya, dia dan Zarina mencuba mengusahakan gulai terbabit dan menghidangkan bersama nasi berlauk tetapi masih kurang sambutan.
"Namun pada satu hari, seorang kenalan singgah makan di kedai dan sempat memberikan idea bernas.
"Beliau mencadangkan supaya saya menghidangkan gulai tersebut dalam keadaan mendidih menggunakan kaedah masakan Cina iaitu memasukkan ke dalam claypot," katanya.
Md. Ibrahim memberitahu, bermodalkan RM500 yang disumbangkan kenalannya itu, dia mengambil keputusan membeli mangkuk claypot di Sungai Petani dan cuba kaedah terbabit.
"Sejak itu, pelanggan masuk ke kedai tidak putus-putus dan menjadikan gulai kami cukup popular di kalangan pengunjung Tanjung Dawai," katanya.
Tambah beliau, bermula kira-kira tiga hingga empat kilogram ikan sembilang sehari, kini jumlahnya meningkat antara 15 hingga 20 kilogram sehari.
Ditanya mengenai rahsia keenakan gulai ikan sembilang, Md. Ibrahim memberitahu, ''ia bermula dari kerja-kerja menyiang ikan yang menjadi tugas utama isteri, manakala tugas memasak saya turut lakukan sendiri.
''Untuk menyiang ikan jenis ini kena berhati-hati bagi mengelakkan rasa hanyir. Bagi menghilangkan rasa hanyir itu kita kena picit hidung ikan sembilang berkenaan bagi membuang lendir-lendirnya," katanya.
Katanya, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada kakitangan kerajaan, pegawai polis, peniaga dan pelancong pelbagai keturunan dari sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Namun, tugas kami akan menjadi lebih berat menjelang musim cuti sekolah dan cuti perayaan kerana pelanggan datang dari seluruh pelosok negara," jelasnya yang dibantu oleh dua pekerja dan lima anaknya berusia antara sembilan hingga 20 tahun.
Sebarang maklumat lanjut mengenai hidangan makanan tersebut boleh menghubungi Md. Ibrahim (019-4756548) atau Zarina (019-5275014).
No comments:
Post a Comment